lawak romantik

Di suatu malam yang dingin, didalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah agak lanjut usianya, baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk giler, tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.... Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."
Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."
Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuhkan bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tidor balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya... emmmm...."
Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontarkan selimutnya dan terus bangun dari katil tu. Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?"

Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi mana lagii… ambik gigi saya lah!!!".

Si isteri @%$%^#%^^%......

      ahahahahahahahahaha !!!!!!!!