Kisah Orang Gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"

Senyum

Johan dilahirkan tanpa telinga, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Tetapi diakhir temuduga Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?
Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Tetapi diakhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya? Eeemmm .tuan tak ada telinga, sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.
Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telahbekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?
Ya. Awak pakai contact lens, jawab pemuda itu, walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
Bagaimana awak tau tanya Johan lagi.
Pemuda itu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga...bhahahaha !

funny story

Sekumpulan Gay berada di bilik persalinan di antara nya Mat Gediks, Mr Rie Cantik dan Gabriela di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang dari mereka menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Gay tersebut itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "
                                                          huahuahuahua. !!!

lawak romantik

Di suatu malam yang dingin, didalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah agak lanjut usianya, baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk giler, tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.... Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."
Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."
Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuhkan bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tidor balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya... emmmm...."
Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontarkan selimutnya dan terus bangun dari katil tu. Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?"

Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi mana lagii… ambik gigi saya lah!!!".

Si isteri @%$%^#%^^%......

      ahahahahahahahahaha !!!!!!!!

hantu siling

citer ni memang betul.. koz blaku kat umah aku yg aku duk skarang ni..
aku taip citer ni siang... kalo mlm aku pon cuak..

dulu aku dok umah laen, tapi taman yg sama...
umah aku skarang ni dulu umah cina bekas pompuan simpanan.. da tua bangka da skarang...
cina tuh sewa jerk... pastu mak aku beli umah ni kat tuan umah... so, cina tuh kena kuar laa.. sejak cina tu kuar.. da baper bulan umah ni kosong koz mak aku nak renovate dulu baru duduk.. proses nak lulus renovate tu memang lama...
pastuh.. pejam celik, pejam celik... da siap n aku da duduk umah ni skarang!!!!
ari ke baper ntah aku tido kat umah ni kan...
waktu tuh aku tido kat sofa.. mlm2 dlm kol 2.. ader bunyi kuat kat siling.. mcm beras 10 kg tejatuh... kalo benda besar yg jatuh gerenti siling tu da pecah.. aku pon wat bodo jerlaa..
pastu da lama duduk..
ayah n mak aku da perasan.. slalu ader bunyi kat siling.. ayah aku kater bunyi mcm org tgh susun kotak... mak aku kater bunyi mcm org tgh bertukang... tapi aku dgr bunyik hentak kaki... bunyi jatuh..golek2.. 1 ari tuh pak cik aku try naik siling tuh nak tgk ((ayah aku OKU pasal tu x dpt naek kat siling tuh)) dier kater x dak apa2..
mlmnyer lepas pak cik aku naek tuh... dlm pukol 2.. aku dgr bunyi benda bergolek dtg siling bilik aku, sampai kat tgh2 siling bilik aku ader bunyi hentak kuat2.. maybe dier marah kot pak cik aku nak tgk dier.. errmm.. aper benda la tuh ekk???


__________________
kalau kuat, tunjukkan kekuatan,
kalo pandai, tunjukkan kepandaian,
kalo berani, tunjukkan keberanian,
kalo malu, tunjukaannnn.....err...ehm....aper ekk????